Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Alhamdulillah setinggi-tinggi pujian bagi Allah Tuhan pencipta Alam atas rahmat dah limpah rezki kepada hambaNya. Selawat salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w penghulu segala Nabi yang tercinta.
Apa khabar semua? Admin doakan semoga kalian semua sentiasa diberi limbah kesihatan, rezki dan dipermudahkan segala urusan. Kali ini admin nak kongsi kepada kalian antara aktiviti sosial yang perusahan kami telah lakukan.
Pada 16 November 2017 yang lalu perusahan kami telah dikunjungi oleh guru-guru dan pelajar dari Sek. Men. Keb. Aminuddin Baki Johor Bahru. Seramai 35 orang pelajar yang terdiri daripada ahli Persatuan Pertanian/
Kemahiran Hidup dan
Pelajar Tingkatan 4 Aliran Pertanian sekolah tersebut terlibat dalam kembara tersebut.
Kenapa? Tak percaya ke? Sejak Julai 2017 lagi guru-guru sekolah berkenaan yang diketua oleh Cikgu Siti Fatimah Binti Ishak telah memaklumkan hasrat mereka untuk mengadakan aktiviti kembara ilmu ini. Cadangannya ia akan dilaksanakan pada 17 Ogos 2017. Atas beberapa halangan yang berlaku, aktiviti ini ditangguhkan seketika.
Tapi macam biasa la, admin ini pandai sembang saja.. apa-apa pun kelancaran program ini dilakukan oleh En Azman dan rakan-rakan kongsi yang lain..
Menurut Cikgu Fatimah, program kembara ilmu ini merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Pertanian dan Kemahiran Hidup bersama Panitia Pertanian. Aktiviti lawatan ini sangat penting kepada murid dan guru kerana ia dapat membantu murid-murid membuka minda terhadap proses pembelajaran dan pengajaran ke arah skop pertanian dengan lebih meluas terutamanya dalam penternakan poltri iaitu ayam dan puyuh.
Selain itu, beliau juga memaklumkan, matlamat utama kembara ilmu ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid merasai sendiri pengalaman berada di persekiran pertanian sebenar dan menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan perkembangan dalam sektor perternakan di Malaysia.
Hah.. Nampak.. hebat kan cikgu-cikgu ni.. Demi ilmu dan pengalaman mereka sanggup melakukan apa saja kepada pelajar..
Admin dimaklumkan bermacam-macam aktiviti telah dilakukan di sana bermula jam 9.30 pagi. Pelajar diberi peluang untuk merasai sendiri bagaimana seorang penternak ayam melakukan kerja seharian.
Jom kita tengok gambar-gambar yang telah dikirimkan...
|
No comments:
Post a Comment