Wednesday 9 March 2016

Pasang Surut Pasaran Ayam Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya sudah lama admin tak update blog ni..Admin dah berpindah ke Klang. tapi bisnes tetap berjalan seperti biasa..bertambah..bertambah dan bertambah....

Sejak adanya blog ni ramai yang bertanya kepada admin tentang bisnes penternakan ayam kampung ni.. ada yang mencari pembekal, ada yang mencari anak ayam dan ada juga yang berminat untuk menceburi industri ini.. apa pun jua admin mengucapkan TAHNIAH atas keberanian anda menceburi bidang ini.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. selalu kan dengar pepatah melayu ni.. ya.memang benar.. dulu perusahan ini bermula dengan memuatkan ayam kampung sekitar 60 ekor sahaja. atas minat pakcik saya dan rakan-rakan serta nasihat Jabatan Veterina Kulai, mereka mengeluarkan modal dan upgrade reban kepada 1000 ekor dengan keluasan lebih kurang 500 kaki persegi. Sekarang setelah 2 tahun, perusahan ini mempunyai 3 reban utama yang boleh memuatkan 7000 ekor pada satu-satu masa.

Namun semua itu bukan mudah. Naik turun dalam industri ini menjadi kebiasaan. Di tipu, main harga, boikot, fitnah, dengki, salah bagi makan, ayam diserang penyakit dan lain-lain. Belum lagi stok makanan ayam habis dan stok tiada.. memang haru dibuatnya...Semua itu merupakan 'gula-gula' dalam industri ini. Itu belum lagi pasaran lembap kerana supply ayam terlalu banyak sepertimana yang berlaku pada Disember lepas.

Minggu lepas En. Azman update pasaran ayam kampung pada bulan ini menerima permintaan yang tinggi. 

Admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Azman dan rakan-rakan kerana berusaha memastikan kelancaran perusahan ini.

Kepada pelanggan yang dihormati, kami menawarkan ayam kampung hidup atau siap diproses dan ayam kampung berempah (sejuk beku) dengan harga yang berpatutan. Sekiranya anda berminat untuk menempah boleh terus menghubungi En. Azman atau admin sendiri. 

Ingatlah.. berniaga itu satu ibadah..dan ibadah itu akan diredhai dengan niat yang baik dan kejujuran..

admin belanje gamba reban sikit.. sekian


Anak ayam lebih kurang 2 minggu


ayam lebih kurang 50 hari


Reban yang sedang dibersihkan (nak beli tahi ayam pun boleh)


sistem pengudaraan dan pemanasan. Nampak simple tetapi sangan berguna.

No comments:

Post a Comment