Friday, 4 November 2016

TERUJA.. MEMANG TERBAIK STUDENT UTM NI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syukur kehadrat ilahi atas kurnianya kita masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan di atas bumi ini. Saya difahamkan oleh En. Azman berlaku kecurian ayam buat kali ke 2.. 20 ekor ayam lesap. Tidak mengapa..bukan rezeki kami.


Namun, Alhamdulillah pagi tadi admin mendapat satu email daripada Cik Aifaa pelajar UTM yang mengadakan lawatan ke perusahan ayam kampung.

TERUJA!!!

Nah... admin ingat email semata-mata, rupanya student UTM ni telah menyiapkan satu video dokumentari yang SUPERB..

MEMANG TERBAIKLAH!!

Kepada Cik Aifaa and the geng saya ucapkan ribuat terima kasih atas kesudian datang melawat ke reban kami. Juga terima kasih atas video yang POWER ni.

Kepada semua selamat menonton...klik link dibawah

https://drive.google.com/file/d/0B19gX7Y_UE3MZjBIVnNvcF94R00/view?ts=58183962



Tuesday, 18 October 2016

LAWATAN PELAJAR UTM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya mendapat perkhabaran dari en. Azman tentang lawatan dari pelajar Universiti teknologi Malaysia (UTM) ke reban kami. Alhamdulillah, ada juga pihak yang sudi melawat dan membuat kajian. Bagi kami ini adalah satu pencapaian yang terbaik dimana pihak luar sudi datang dan mempelajari teknik dan ilmu ternakan ayam.

Terima kasih kami ucapkan atas kesudian warga UTM datang ke reban kami. Semoga dengan lawatan ini dapat memberi manfaat dan ilmu kepada kalian semua...




Produk Baru!!! AYAM PENCEN/TUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sambil menyelam minum air..alang-alang dah ada kemudahan bolehlah mempelbagaikan produk. Kali ini En. Azman menawarkan bekalan AYAM PENCEN/TUA untuk tempahan..

Apa lagi tunggu...silalah berhubung dengan en. Azman untuk tempahan..

Monday, 12 September 2016

Produk Sejuk Beku (Set BBQ)

Assalamualaikum semua,

Selamat hari raya aidil adha kami ucapkan...

Nampaknya ada sesuatu yang baru ingin kami kongsikan untuk anda semua....

Memperkenalkan produk baru kami yang dijamin superb sedap..

KAMBING REMPAH



AYAM KG REMPAH


Resepi kambing dan ayam rempah ini disediakan sendiri oleh En. Azman dan dijual secara FROZEN.
Bagi kambing berempah harganya hanya RM 18 untuk 500g dan ayam kampung berempah RM14 untuk 500g. Bagi kambing biasa (tanpa rempah) harganya RM 14  Saya rasa harga ni dah cukup berpatutan. Mana nak dapat kan siap ada rempah.

Anda semua tak payah fikir nak cari bahan buat BBQ, semuanya telah diadun dan dijamin sedap...

Sebarang tempahan boleh terus menghubungi En. Azman seperti no yang tertera di atas...

Sunday, 22 May 2016

Salam Ramadhan

Nampaknya tinggal beberapa hari lagi kita hendak menyambut bulan ramadhan. Sekejap masa berlalu..hampir dua tahun pemergian nenda yang tercinta. Pastinya permintaan ayam kampung meningkat.

Awal bulan haritu abang admin sempat singgah di kampung. Apa lagi, admin suruh snap gambar la. InsyaAllah bulan ramadhan ni admin akan melawat reban pula sekian lama merantau..hahahaha...

ok. admin upload sikit gambar ayam tuk korang semua jamu mata.








Tauke tengah buat sportcheck





 En Azman berjinak-jinak bela puyuh pulak..semoga berjaya


Kalau tengok gambar di atas rasa-rasa kotor tak reban ayam ni? Dijamin bersih.....

Tuesday, 26 April 2016

Bencana dan Hikmah Dugaan Allah

Admin dikhabarkan oleh En. Azman Reban C telah dihimpap oleh batang sawit. Nasib tak ayam dalam reban tu. kalau tidak..jadilah ayam penyet..hahahaha..

En. Azman juga mengatakan pada waktu pagi, beliau menjalankan proses pembersihan di bahagian yang di himpap. Alhamdulillah...

Nampaknya, reban kena di baiki segera. Inilah suka duka dalam menjadi usahawan.. Doakan kami berjaya..




Thursday, 7 April 2016

AWAS!!! ANDA DIPERHATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, pada bulan April, lain pulak pasarannya.. tak menang tangan admin jawab call n text daripada peminat ayam kampung.. Bulan ni boleh dikatakan pasaran sangat laris..

Isnin lepas pegawai KEJORA datang melawat untuk bertanya lebih lanjut berkenaan perusahan ayam kampung ini.. Terima kasih kepada pegawai tersebut sudi datang ke reban kami.

Sesungguhnya rezki Allah itu datang tanpa di duga. Yakinlah dengan aturanNya. 

* Kepada sesiapa yang bermianat untuk membeli atau menjadi pemborong ayam kampung moden boleh terus menghubungi En. Azman di talian 013-7939591 atau 011-15406582. 

Wednesday, 9 March 2016

Pasang Surut Pasaran Ayam Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya sudah lama admin tak update blog ni..Admin dah berpindah ke Klang. tapi bisnes tetap berjalan seperti biasa..bertambah..bertambah dan bertambah....

Sejak adanya blog ni ramai yang bertanya kepada admin tentang bisnes penternakan ayam kampung ni.. ada yang mencari pembekal, ada yang mencari anak ayam dan ada juga yang berminat untuk menceburi industri ini.. apa pun jua admin mengucapkan TAHNIAH atas keberanian anda menceburi bidang ini.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. selalu kan dengar pepatah melayu ni.. ya.memang benar.. dulu perusahan ini bermula dengan memuatkan ayam kampung sekitar 60 ekor sahaja. atas minat pakcik saya dan rakan-rakan serta nasihat Jabatan Veterina Kulai, mereka mengeluarkan modal dan upgrade reban kepada 1000 ekor dengan keluasan lebih kurang 500 kaki persegi. Sekarang setelah 2 tahun, perusahan ini mempunyai 3 reban utama yang boleh memuatkan 7000 ekor pada satu-satu masa.

Namun semua itu bukan mudah. Naik turun dalam industri ini menjadi kebiasaan. Di tipu, main harga, boikot, fitnah, dengki, salah bagi makan, ayam diserang penyakit dan lain-lain. Belum lagi stok makanan ayam habis dan stok tiada.. memang haru dibuatnya...Semua itu merupakan 'gula-gula' dalam industri ini. Itu belum lagi pasaran lembap kerana supply ayam terlalu banyak sepertimana yang berlaku pada Disember lepas.

Minggu lepas En. Azman update pasaran ayam kampung pada bulan ini menerima permintaan yang tinggi. 

Admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Azman dan rakan-rakan kerana berusaha memastikan kelancaran perusahan ini.

Kepada pelanggan yang dihormati, kami menawarkan ayam kampung hidup atau siap diproses dan ayam kampung berempah (sejuk beku) dengan harga yang berpatutan. Sekiranya anda berminat untuk menempah boleh terus menghubungi En. Azman atau admin sendiri. 

Ingatlah.. berniaga itu satu ibadah..dan ibadah itu akan diredhai dengan niat yang baik dan kejujuran..

admin belanje gamba reban sikit.. sekian


Anak ayam lebih kurang 2 minggu


ayam lebih kurang 50 hari


Reban yang sedang dibersihkan (nak beli tahi ayam pun boleh)


sistem pengudaraan dan pemanasan. Nampak simple tetapi sangan berguna.