Wednesday, 30 April 2014

200 EKOR AYAM LAGI UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
post kali ini berkenaan penjualan ayam untuk reban seterusnya. Post sebelum ini ada mengatakan 1000 ekor ayam habis dijual dan reban dalam proses pembersihan. So untuk kali ini reban seterusnya dah mula dijual. Mendapat info dari pakcik, beliau mengatakan ayam tinggal lagi 200 ekor yang belum  dijual dan dijangkakan dalam minggu ini ayam tersebut habis dijual. fuhh...xsampai 2 minggu dah nak abis stok..sangat positif..Alhamdulillah... ade pemborong yang hendak membeli ternakan kami.

UPGRADE REBAN!!!

yang ni info baru.. kemungkinan reban fasa ke 3 akan diupgrade dan dibesarkan.Lantai reban akan disimen kerana didapati berlaku resapan air ketika hujan. Lagi satu sebab memudahkan untuk membersihkan reban. InsyaAllah lagi 2 minggu hasil ternakan di reban fasa ke 3 akan dijual  dan berat ayam boleh mencecah 3kg seekor..wooowwww..ayam cukup makan..ade vitamin tambahan dan penjagaan kesihatan yang tiptop.. insyaAllah rasanya sedap..

kepada sesiap yang berminat untuk merasa ayam kampung moden yang sedap dan enak silalah hubungi kami pada bila-bila masa.

Monday, 21 April 2014

21 APRIL 2014: 1000 EKOR AYAM KAMPUNG HABIS DIJUAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada pagi tadi saya saya menalifon pakcik saya di kampung untuk bertanyakan tentamg perkembangan ayam kampung. Alhamdulillah dalam masa 2 minggu 1000 ekor ayam yang sudah matang yang dibela habis dijual. Woooww... terkejut gak saya.. rezki Allah.. walaupun pada peringkat awal jualan ini agak pelahan jika dibandingkan dengan jualan ayam kampung lain tapi bagi saya ini menunjukkan tanda positif ada permintaan yang tinggi oleh pengguna.

Seperti yang saya katakan pada post sebelum ini, saya jamin rasa ayam kampung yang kami bela sangat manis, lembut dan segar. Saya pun sudah mencubanya dengan memasak sup ayam kampung, ayam kampung BBQ, masak lemak cili dan macam-macam lagi. Jadi tidak hairanlah 1000 ekor ayam kampung boleh dijual dalam masa 2 minggu.

Langkah seterusnya, bermulalah proses pembersihan reban dimana tahi ayam kampung akan dibersihkan dan dijual sebagai baja sebelum dimasukkan ayam semula pada 2 minggu akan datang. Setakat ini tahi ayam tersebut kami letakkan di pokok sawit sekitar kawasan ternakan ayam. InsyaAllah dalam jangkamasa panjang hasil sawit pun akan meningkat juga. Berbaloi kan? dan pada masa akan datang, kami akan mengeluarkan produk baja organik tahi ayam untuk dipasarkan.InsyaAllah.

Pada minggu ini, bermulalah jualan ayam kampung untuk 800 ekor mengikut ternakan giliran. Ayam pun sudah mencapai berat matang dan sesuai untuk dijual. Alhamdulillah.. InsyaAllah perusahaan ini akan dikembangkan dengan penambahan reban ke fasa 4 dan 5 dimana reban tersebut boleh memuatkan kagi ternakan 2000 ekor secara serentak. 

Sekian.

Sunday, 20 April 2014

LATAR BELAKANG PERUSAHAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Perusahaan ayam kampung moden ini di usahakan oleh saudara Azman dan terletak di Kg. Murni Jaya Layang-Layang Johor. Bermula dengan menternak hanya 60 ekor ayam kampung moden, beliau merasakan dengan menternak ayam kampung ini  dalam skala besar boleh membawa peluang peniagaan yang cerah pada masa hadapan.

Selepas penjualan pertama, beliau menambahkan lagi jumlah ternakan ayam kepada 160 ekor dengan hanya keluasan reban 7' x 12' sahaja. Berbekalkan pengalaman bekerja di kilang penternakan ayam daging dan telur selama 7 tahun, beliau berazam membuka perusahaan sendiri dengan menternak ayam kampung moden sepenuh masa.

Bermula pada September 2013 dengan tunjuk ajar dan nasihat Jabatan Vaterina Kulai, perusahaan ini dibesarkan dengan keluasan reban kepada 10' x 70' dengan memuatkan lebihkurang 1000 ekor ayam kampung moden pada fasa pertama dan pembesaran reban ayam giat dijalankan ke fasa berikutnya. Pada awal  tahun 2014 keluasan reban ayam menjadi 10' x 150' dan boleh mengeluarkan hasil ternakan sebanyak 2000 ekor ayam sebulan. 

Kini dengan penambahan modal daripada hasil jualan, pembesaran reban ke fasa ke 3 dilakukan dengan 3000 ekor penghasilan ayam kampung moden boleh dilakukan serentak. Perusahaan ini dianggarkan dapat menghasilkan  7000 ekor dalam satu masa dan pengeluaran mengikut giliran ternakan.

Reban Pertama Permulaan penternakan (160 ekor ayam)

 
Reban komersial fasa 1 dan 2 (2000 ekor ayam)

 Proses pembinaan reban fasa 3 (1000 ekor ayam)

Ayam Kampung Moden di reban fasa 3 (usia 30 hari)

ayam kampung yang jinak dan aktif


Perusahan Ayam Kampung Murni Jaya memberi peluang kepada pemborang ayam, pengusaha kedai mahupun pembeli individu untuk mendapatkan produk ayam kampung moden di perusahaan kami. Daging dan rasa ayam kampung ini sangat sedap, lembut, manis dan segar.

Sekiranya ingin membuat tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi saudara Azman (0177814979) atau azwan (0192307105).