Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang telah di beri selama ini. Rasanya admin dah lama tak update dekat blog ni.. Kali ini admin nak update sikit antara kerja sosial perusahan ayam kampung kami.
Pada 4 Oktober 2017 (Rabu ) perusahan kami menerima tetamu istimewa dari pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Murni Jaya (SKMJ) bagi menambah ilmu kendiri mereka. Bagi mengisi masa selepas UPSR atas inisiatif pengetua SKMJ Puan Sairah, Pegerusi Persatuan PIBG SKMJ Tuan Haji Sereno Sarimen, Ketua Kampung Murni Jaya Tn Azam Saadon, Ketua Kampung Sri Muar dan guru-guru SKMJ, pelajar didedahkan untuk merasai pengalaman menyembelih ayam, memproses ayam secara manual dengan cara yang betul di perusahan kami.
Walaupun jejak ilmu ini dilakukan secara santai, Alhamdulillah dengan izin Allah ia berjalan dengan lancar...jom kita tengok telatah adik-adik ini menangkap, menyembelih dan memproses ayam...
Gigih betul kan pelajar-pelajar ini. Moga-moga ilmu yang dikongsi mejadi pengalaman yang bermakna kepada pelajar.