Monday 14 September 2015

Malang tidak berbau

Takziah di ucapkan kepada En. Azman. Beliau cedera semasa mengasah parang. Semoga diberi kekuatan dan terus berjaya dalam industri ini.

Walaupun cedera namun perniagaan tetap berjalan. 3000 ekor dalam proses ternakan. InsyaAllah dalam lebih kurang sebulan ayam dah dijual. Untuk tempahan, boleh hubungi terus En. Azman atau saya sendiri.

*3000 eko kejap je tu abis...jangan lepaskan peluang.
*kami juga menerima tempahan ayam kampung yang siap diproses untuk kenduri kawin atau apa-apa majlis.

Sunday 2 August 2015

Ayam Ohh Ayam

Disebabkan lama tak balik kampung tengok ayam, saya belanja lagu daripada Jalil Hamid- Ayam. Untuk makluman, pakcik saya En. Azman yang menguruskan projek kami. Kepada yang berminat untuk membuat apa-apa urusan boleh menalifon terus kepada beliau (kat saya pun ok, tetap mendapat layanan..huhuhu)


Ayam bermacam ayam
ada ayam kampung ayam hutan ayam siam
ayam turki ayam belanda
macam-macam perihal ayam
hangat-hangat tahi ayam,
sabung ayam nasi ayam telor ayam

ayam hutan boleh terebang
ayam kampung dalamlah reban
ayam bandar di dalam pasar
kadang-kadang ada harga naik harga turun harga

korus:
ibu si ibu ayam
telor sebiji riuh sekampung
hooo...oh ibu ayam
telor dieram anak sereban
kata bidalan berkaki ayam
kalau makan ajak-ajak ayam
kalau nak tidur tidur-tidur ayam
kalau tak nampak itu rabun ayam

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
makan kaki ayam kais pagi makan malam
makan cakar ayam sakit gigi siang malam

(ulang korus)

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
makan kepak ayam paha ayam dada ayam
satu tak boleh jangan makan bulu ayam

makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam..
makan tonking ayam nanti mulut tak reti diam
makan kepak ayam paha ayam dada ayam
satu tak boleh makan jangan makan tahi ayam

www.youtube.com/watch?v=QtE2qeXJ9iA

Sunday 10 May 2015

CABARAN TAHUN INI

Hampir setengah tahun 2015 cabaran semakin besar. Antara cabaran yang perlu dihadapi adalah kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan, harga pasaran yang tidak menentu dan persaingan yang tidak seimbang.

Namun segala cabaran ini adalah pengajaran dan pengalaman yang tidak mudah dibeli. Semoga segala usaha ini akan terus berjalan lancar dan ia mematangkan kami untuk terus berniaga. Moga Allah memberkati.

Kepada sesiapa yang boleh menawarkan harga pembelian ayam yang kompitatif, kami mengalukan kehadiran anda!!!

JIHAD EKONOMI MEMARTABATKAN BUMIPUTRA!!!

Tuesday 10 March 2015

UPDATE TERKINI

minggu lepas sempat balik ke kampung dan ade pembesaran reban lagi...

REBAN A


REBAN B


REBAN C



dan gambar anak ayam 2 minggu,