Saturday, 19 July 2014

Tengok la Ayam ni Bila Nak Makan

Ini bulan 5 Punya cerita

Tengok la telatah ayam-ayam ni. Bila tengok rasa hilang penat..huhuh

Lawatan Pelajar UiTM Pasir Gudang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua..

Pada 9 Julai 2014 lalu saya mendapat panggilan daripada seorang pelajar UiTM Pasir Gudang Johor, Siti hajar dari jurusan Business Transport untuk mengadakan lawatan ke tapak reban kami di Kampung Murni Jaya Kulai Johor pada 10 Julai 2014. Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara dekat cara ternakan ayam kampung secara komersial dan melengkapkan kerja ilmiah yang ditugaskan.

Sejurus saja mendapat pangilan tersebut saya memberitahu En. Azman akan hasrat pelajar tersebuat untuk melawat reban. Pada keesokan harinya Siti Hajar bersama empat lagi rakannya sampai ke kawasan ternakan ayam ( Kata Pakcik saya mereka ikut jalan jauh nak sampai ke kampung.huhuhu). Sesi lawatan bermula dengan dibantu oleh rakan kongsi yang lain selama beberapa jam. Berikut adalah gambar-gambar yang dikongsi oleh Siti Hajar kepada saya..(saya tak dapat join sebab kerja)





Dari Kiri Myra,Siti Hajar, En. Pi'ee, En Azman, Nur Fatin, Nur Asikin dan Nur Shahirah


Semoga lawatan ini dapat membantu mereka dalam melengkapkan tugasan walaupun ilmu yang dikosikan ini mungkin ada kekurangan. Saya dan rakan kongsi yang lain mengucapkan ribuan terima kasih atas kesutian pelajar-pelajar UiTM ini kerana sudi datang ke perusahan kami. Kami mengalu-ngalukan kedatangan anda untuk perkongsian ilmu, InsyaAllah